Wednesday, October 16, 2013

Cuti Sem.

Cuti sem dah bermula.
Maka terperap macam jeruk la Sakura kat rumah tak pun jadi suri rumah sementara waktu. Hurmm.duk memikirkan apa nak buat cuti nie. Sakura cuti tapi member-member Sakura masa sekolah semua dah terpelanting jauh gigih menyambung pelajaran nie menara gading tak terkecuali kawan-kawan Sakura yang bakal menduduki STPM. Ni lah nasib bila dah dewasa,bila dah terpisah jauh,universiti lain-lain,masa cuti semestinya berbeza,yang STPM nak ajak lepak depa tengah struggle nak final exam. SEDIH! tapi apa boleh buat masing-masing mengejar cita-cita. Tidak terkecuali diri Sakura juga. Jadi apa boleh buat cuba la isi masa cuti nie dengan sebaiknya.

By the way, hari ahad yang lepas starting my sem break with awesome activities. Sakura pergi tengok Moto GP dekat Sepang International Circut. Even tak ada la minat sangat sekurang-kurangnya terisi masa lapang ni kan. Nanti Sakura cerita lebih lanjut dalam next punya next post. OK?

Actually,hujung minggu ni Sakura akan kembali ke dungun semula. Sakura ada join jadi sukarelawan kat universiti Sakura. Tak sabar juga rasanya. Mana taknya seluruh atlet bakal berkumpul almaklum la ada sukan antara univeriti. Gain my life campus,create memory, knowing new person or maybe find a new 'SPECIAL FRIEND'
Cewah! gediknya.hahaha. Yang last tu Sakura gurau jek ok. Don't take it seriously.
Maybe lepas nie more post akan Sakura publish. Just get ready!(Bajet2 macam ramai jek baca blog dia) hahaha

Thursday, June 6, 2013

Erti Berdikari Bagi Ku...

Erti Berdikari Bagi Ku...
Entry baru Sakura ni Sakura nak cerita sikit pasal hidup berdikari...
Selalu kita dengar lawak kurang pandai atau dalam bahasa kasar lawak bodoh dari kawan-kawan  kita apabila berkata tentang BERDIKARI ni mesti cakap BELI KARI!
Hahaha.Bersabarlah kalian saat mendengar jawapan itu kn?

Setelah menjalani hidup sebagai mahasiswi di menara gading ini erti berdikari itu Sakura boleh nampak dengan lebih jelas!
Ye!orang kata bila masuk alam university ni kita akan lebih banyak BERDIKARI!
Orang biasa  kata berdikari nie bila kita basuh baju sendiri,kemas bilik sendiri dan hal lain berkaitan diri kita dengan sendirinya.
Bagi Sakura benda itu semua memang Sakura lakukan sejak dari rumah lagi.Even kemas bilik seminggu sekali pun susah.hahaha

Skop yang berbeza Sakura lihat bila kat kampus ni.Apa yang Sakura lalui mengajar Sakura untuk lebih berdikari dan matang dalam sesuatu perkara.Maybe?
Yelah~Even usia Sakura akan mencecah ke alam dewasa tapi perangai mengalahkan kanak-kanak sekolah rendah.Alam dewasa la sangat kan?Jiwa remaja lagi..lalala~
Ok2!dah merapu pulak Sakura sambung yang di atas tadi.

Semester 3 pada bulan Jun ini Sakura pulang ke kampus menaiki bas seorang diri.Even sudah disua kan dengan pelbagai pertolongan dari mak Sakura...
Sakura menolak dan ingin pulang sendirian.Sakura tahu mak risaukan Sakura untuk pulang sendirian kerana Sakura ni perempuan,naik bas jalan jauh.Jauh la juga Muor ke Dungun nie dan yang lebih merisaukan ialah bila sampai dungun waktu 3 4 pagi dan Sakura still tak ada kunci bilik untuk semester 3 ni.

Sakura nekad untuk pulang sendirian.HONESTLY!Sakura memang ada rasa takut tapi beranikan diri juga!
Sakura hanya berserah kepada ALLAH swt kerana niat Sakura baik sebab tak nak susah kan ibu bapa Sakura untuk hantar Sakura jauh2 ke dungun nie.
Sampai saja di kampus Sakura menampak di luar kolej sambil menungu matahari terbit untuk ambil kunci di pejabat kolej.
ALHMDULILLAH~segalanya selamat.. :D

P/S:MAK SAKURA KATA SAKURA NIE MACAM ANAK TERBUANG BILA SAKURA CAKAP KAT DIA SAKURA NAK BALIK SENDIRI.SO,INILAH ERTI BERDIKARI BAGI SAKURA BERANI MENGHADAPI CABARAN HIDUP WALAUPUN TAK ADALAH MENCABAR MANA KAN?HAHAHA (^_^)



Friday, May 31, 2013

Segalanya Berakhir...

Segalanya Berakhir...
Apa yang berakhirnya?Mesti korang tertanya-tanyakan?hehehe
Setelah 3 tahun berlalunya akhirnya apa yang Sakura tunggu selama ini berakhir sudah.Kalau korang still ingat dengan post Sakura yang lama yang tajuk "MENUNGGU" itu mesti korang akan faham.
PENANTIAN Sakura dah berakhir.Sakura tak perlu menunggu DIA lagi.Segalanya dah tamat...
Setelah segala penjelasan yang diberi oleh DIA akhirnya Sakura faham.
Ya!Mungkin penantian Sakura ini agak SIA-SIA!
Tapi Sakura sangat bersyukur kerana Dia meluahkan hasratnya untuk terus BERKAWAN dengan Sakura.
Bukan kerana JANJI tapi memang KEHENDAK diri DIA sendiri.

Tapi yang paling Sakura bersyukur sangat sebab Allah swt dah beri Sakura petunjuk dalam mimpi sebelum Sakura betul-betul hadapinya.Ya!mungkin Sakura agak sedih tapi perjalanan Sakura selama 3 tahun ini juga merupakan persediaan Sakura untuk hadapi keadaan ini...
Kerana Sakura tahu hari ini pasti akan muncul.


P/S:THANKS A LOT KEPADA KAWAN SAKURA YANG BANYAK MENOLONG SAKURA MELALUI KEADAAN INI.MIE AND TIKA THANKS A  LOT DEAR~ :D


-28/5/2013-
PENANTIAN KU BERAKHIR. (^_^)



Nice kan?(-^_^-)

Thursday, May 16, 2013

Preparation for Teacher's Day...

Preparation for Teacher's Day...
For information korang hari ni Sakura akan ke sekolah untuk ambil SIJIL SPM Sakura tapi itu helah jek!
Tujuan sebenar Sakura pergi sekolah esok ialah Sakura nak join sambutan Hari Guru dekat sekolah esok.So,sijil SPM tu cuma alasan semata-mata.hehehe
Tak sabar rasanya nak pergi nanti pagi setelah meninggalkan sekolah itu selama hampir 2 tahun. Macam dah lama sangat jek kan?hahaha.kejap bagi orang tapi cukup lama bagi Sakura.. :') 
SERIOUSLY!Zaman persekolahan adalah yang paling TERBAIK AND OHSEMM!*thumbup*

Memandangkan Sakura nak pergi esok,so Sakura nak prepare hadiah untuk cikgu-cikgu masa Sakura Form 5..Just a small gift from me.
Cadbury chocolate and money in love shape..
Hope they will love it!!!
 
 



 Berbekalkan RM 50 yang diberi oleh ayah Sakura (thanks ayah!love you so much~ ^_^) ,Sakura dah buat bajet2 and esok just nak beli cadbury tu jek.

P/S:my favourite PILOT blue pensel..hehehe


Saturday, May 11, 2013

9 Mei...

9 Mei...
Maybe Sakura lambat sikit update.Hari ni pun dah 11 mei.Apa yang jadi pada 9 Mei ni?
Result untuk final exam sem 2 Sakura keluar.
Tak tahu nak cakap macam mana.Sakura macam tak rasa apa-apa bila tengok result tu.
Sedihkah?Gembirakah?Sukakah?Dukakah?
Feel nothing and empty!
Maybe that my real feeling.Sakura tak bagitau kat parents Sakura pun.For sure dorang kecewa kalau tau.Hurmm
Kawan yang dah tahu result Sakura kata tak ada la teruk sangat still 3.++
but bila pointer makin menurun maybe tu yang buat slack kot. :(

"APA YANG KITA USAHA ITULAH YANG KITA DAPAT"
Betul tu..Result kali ni setimpal kot dengan usaha Sakura untuk sem 2 nie.Banyak main-main that all I can said!
Tak pelah Sakura redha dengan semua nie.:D
Sem depan ade lagi In Shaa Allah~untuk Sakura balas balik.
THINK POSITIVE WIWIN! (^_^)








Tuesday, May 7, 2013

Jumpa Crush Lama...

Crush lama...?
Siapakah dia??hahaha.Mai2 Sakura cerita.Hari ahad hari tu Sakura pertama kalinya jejak kaki ke pasar lambak di area Sakura ni sejak start cuti sem kali nie.Sedih jek dengar kan?hahaha
Ok2.Jalan punya jalan Sakura singgah laa sebentar dekat Best Full untuk beli bahan-bahan nak buat kek batik.Kerana bosan menunggu akak cashier tu mengira Sakura pun membawa diri ke luar.Tiba-tiba sebuah moto datang dan parking depan Best Full tu.Terdetik dihati ni "aik!macam ku kenal mamat nie" tapi Sakura buat tak tahu saja mungkin salah orang barangkali tak nak la over terlebih pulak kan.hihihi
Bila dia stop dan terpandang Sakura dia terus "Eh"...Dan Sakura pun mula la cam dia
 "La crush lama aku rupanya!"
Crush masa Sakura Form 1 tau.hehehe
Sakura mula lah kelam kabut berdiri kat situ tak tau nak cakap apa.hahaha
Last-last akak Sakura yang tegur dia.Sakura pun teruskan lah perjalanan untuk pulang sebab dah maghrib masa tu,disebabkan haus Sakura berhenti la beli air sekali dia pun datang situ juga.hikhik.
Dia pun tegur la Sakura lagi.
"Buat apa jek kat sini?"
"Membeli la tak kan nak melepak pulak"

Sampai situ jek kot perbualan kami.hahaha.Sakura dah tak keruan nak cakap apa dengan dia. (>_<)
Tapi bila fikir-fikir balik menyesal tak tanya perkembangan dia sekarag maybe dia  balik nak mengundi barangkali.hehehe.



P/S:SATU-SATUNYA CRUSH YANG SAKURA BERANI BAGI HADIAH SEMPENA BIRTHDAY DIA.TAK SANGKA DIA INGAT SAKURA LAGI..(-^_^-)*BLUSHING*


Tuesday, April 30, 2013

Menunggu..

Menunggu..

Itu tajuk entry Sakura kali nie.Pagi nie Sakura scroll balik segala message dan chatting Sakura bersama DIA di facebook.Terus terang Sakura katakan air mata ni tak berhenti henti mengalir.Sakura terlalu rindukn DIA yang dulu.
Omma rindukan appa.

Saya tak tahu mengapa perasaan saya pada awak semakin hari semakin menebal.Saya cuba untuk buang semua perasaan saya terhadap awak dan cuba terima kenyataan yang kita hanyalah "KAWAN"!

Saya tak tahu apa lagi perlu saya buat untuk lupakan semua ini.Mungkin saya tak cukup mencuba lagi.Hurmm..
 Orang kata,kalau jodoh tak kemana kan?
Jadi saya kan terus menunggu awak..
Sampai bila?Hanya waktu yang menentukan.Melihat awak bahagia dengan hidup awak sekarang kadang kala membuat saya terfikir mengapa awak boleh move on sedangkan saya masih di sini.
Bersama-sama memori kita!Kenangan kita!
I look so pathetic.Am i?

" Cause I still don't know how to act
Don't know what to say
Still wear the scars like it was yesterday
But you're long gone and moved on
But you're long gone
But I still don't know where to start, still finding my way
Still talk about you like it was yesterday
But you're long gone and moved on
But you're long gone, you moved on"



"Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu

Kenangan indah ketika kita bersama
Membuat ku terbayangkan kamu
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku"





 NUR AIMAN HAZIQ BIN NORAZMAN,SAYA AKAN MENUNGGU AWAK...(-^_^-)


 

Wednesday, February 13, 2013

Sunyi Ku Dalam Sepi

Assalamualaikum...
lama dah Sakura tak update blog ni.Al maklum la hidup kat kampus tu buatkan Sakura tak sempat nak update apa-apa kat blog nie sedangkan kalau ade laptop dan internet kat tangan 24/7 rasanya Sakura update blog ni.hehehe
Lepas ni insyaAllah~Sakura cuba update selalu ye?Even tak ada orang nak baca pun sekurang-kurangnya boleh lepaskan gian Sakura nak menulis..
Apa-apa pun Keep smile and cheerful everyone.^_^

Sakura addict sangat lirik and melody lagu lepas Sakura dengar.Agak sedih tapi best!:)
Hope dapat enjoy dengan lagu ni..^___^